Sunday, October 13, 2013

Redha itu bukan pasrah

Assalamualaikum w.b.t

Bersawangnya laman sesawang ku ini. Sudah lama tinggalkan dunia blogging ini. Sesekali menjengah tanpa mengeluarkan sebarang idea. Well, bukan takde idea tapi tahap kemalasan yang melampau mengalahkan gunung everest tu susah nak lawan.

Aku? Masih mencari, mencari jawapan yang pasti untuk segala keserabutan yang ku alami. Disaat aku mula membuka pintu hati ku untuk orang lain ternyata aku di uji lagi. Jawapan yg ku cari menyentap segalanya. Mengapa ini yg ku terima. Mengapa ini yang perlu aku hadapi. Ops Fatin! bercakap seolah-olah mempersoalkan segala ketentuanNYA. Ya allah, sesungguhnya redha hambamu ini tidak sepenuhnya. Masih bersisa sayangnya pada insan itu. Jauh disudut hati masih menyimpan harapan. Ternyata aku kalah dengan cinta Dunia. Ternyata aku kalah dengan segalanya. Ya. aku masih sayang kamu. ya. aku masih merindukan kamu. akan tetapi kau bukan milik ku dan aku bukan milik mu. Aku hanya mampu berdoa agar hatiku redha sepenuhnya dengan apa yang terjadi. Mencari saki baki kekuatan untuk ku bawa bersama di sepanjang hidup ku ini. Mencari cinta yang hakiki dari NYA agar aku tidak tersasar dari jalan hidup yg berliku. Mungkin dia untuk ku. Mungkin dia bukan untuk ku. Aku tidak mampu meletakkan sebarang harapan. Biar begini keadaannya, ini yang lebih baik. Biar allah tentukan siapa yang akan bersama ku meniti jalan yg berliku.

P/s : aku menyayangi mu tapi aku tidak mampu utk memiliki mu. Doa ku sentiasa mengiringi dirimu sayang. dan doakanlah diriku semoga aku kuat untuk menghadapi segalanya.


No comments:

Post a Comment