Tuesday, October 15, 2013

perfect escape

selamat menyambut hari raya korban. semoga ibadah korban yg kita lakukan diterima oleh
allah s.w.t.

Bersempena dgn hari raya korban. Aku memilih utk menghilangkan diri seketika ke suatu tempat yg boleh ku kira tempat yg paling sesuai utk aku menghabiskan masa mencari ketenangan. Duduk menghadap pantai, merasai deruan angin pantai sungguh menenangkan ku, membuatkan aku rasa dekat dgn keluarga ku. Disaat ini aku begiti rindukan mereka yg jauh di seberang.

melihat ombak menghempas pantai, tapi pantai tetap setia berada di tepi menanti kedatangan ombak walaupun ombak mengubahnya. kadangkala lautan begitu tenang kadangkala lautan begitu menganas. sesungguhnya hati ku seperti lautan. Tenang setenang air laut, resah seresah ombak. Ya..allah berikanlah aku ketenangan. berikanlah aku kekuatan.

Disini aku berjanji pd diri, aku akan teruskan kehidupan ku seperti dulu. senyum seperti dulu. dan kali terakhir aku menitiskan air mata ku disini. semoga kedatangan ku di lain hari sekadar utk merehatkan minda.

Sunday, October 13, 2013

Redha itu bukan pasrah

Assalamualaikum w.b.t

Bersawangnya laman sesawang ku ini. Sudah lama tinggalkan dunia blogging ini. Sesekali menjengah tanpa mengeluarkan sebarang idea. Well, bukan takde idea tapi tahap kemalasan yang melampau mengalahkan gunung everest tu susah nak lawan.

Aku? Masih mencari, mencari jawapan yang pasti untuk segala keserabutan yang ku alami. Disaat aku mula membuka pintu hati ku untuk orang lain ternyata aku di uji lagi. Jawapan yg ku cari menyentap segalanya. Mengapa ini yg ku terima. Mengapa ini yang perlu aku hadapi. Ops Fatin! bercakap seolah-olah mempersoalkan segala ketentuanNYA. Ya allah, sesungguhnya redha hambamu ini tidak sepenuhnya. Masih bersisa sayangnya pada insan itu. Jauh disudut hati masih menyimpan harapan. Ternyata aku kalah dengan cinta Dunia. Ternyata aku kalah dengan segalanya. Ya. aku masih sayang kamu. ya. aku masih merindukan kamu. akan tetapi kau bukan milik ku dan aku bukan milik mu. Aku hanya mampu berdoa agar hatiku redha sepenuhnya dengan apa yang terjadi. Mencari saki baki kekuatan untuk ku bawa bersama di sepanjang hidup ku ini. Mencari cinta yang hakiki dari NYA agar aku tidak tersasar dari jalan hidup yg berliku. Mungkin dia untuk ku. Mungkin dia bukan untuk ku. Aku tidak mampu meletakkan sebarang harapan. Biar begini keadaannya, ini yang lebih baik. Biar allah tentukan siapa yang akan bersama ku meniti jalan yg berliku.

P/s : aku menyayangi mu tapi aku tidak mampu utk memiliki mu. Doa ku sentiasa mengiringi dirimu sayang. dan doakanlah diriku semoga aku kuat untuk menghadapi segalanya.