Monday, April 29, 2013

You and me


assalamualaikum readers.
im back

agak berhabuk dinding utk ku mencoret segala idea, luahan or what so ever its. Bkn takde idea, sentiasa ada tapi kemalasan yg melampau mengatasi kerajinan dan kesibukan yg sangatlah padat menghalang utk menconteng dinding blog aku ini. ok2, fatin izzati cukuplah bagi segala alasan kukuh tu. straight to the point !

Salah ke berkawan dengan orang yg berlainan jantina? Hrm, rasanya tak salah kalau tau batas-batas pergaulan bukan? Bila ada orang hulurkan salam perkenalan dgn ikhlas, mestilah kita sambut salam perkenalan tu kan? lebih-lebih lagi bila orang tu senior or staff same office dengan kita. Tapi bila berkawan dengan org yg berlainan jantina ini ada juga payahnya. At the end, mesti salah seorang akan jatuh hati lah bagai. Tapi selama aku berkawan dengan laki, aku tak pernah akan end up suka orang tu. Melainkan di awal perkenalan lagi aku dah mmg suka dgn org tu.

Bila kita dah tau orang tu dah mula menanam bunga-bunga taik ayam dalam hati dia, kita sepatutnya berterus terang yang kita hanya anggap orang tu sebagai kawan dan tidak akan lebih. Terpulanglah samada org tu terima atau pun tidak. yg penting kita kena tabur racun di bunga-bunga taik ayam sebelum ianya berubah menjadi sebuah taman yg besar dalam hatinya. Tapi bila kita dah tabur racun tu, kita kena amik risiko utk hilang sebuah hubungan persahabatan sekiranya orang tu tak boleh terima apa yg kita rasa. Jgnlah disebabkan sayangkn hubungan persahabatan yg sedia ada, korang terima bunga-bunga taik ayam dia pula. Adalah dilarang sama sekali menjalinkan hubungan berlandaskan simpati sebab hubungan korang takkan ke mana. Paling teruk mesti salah sorg akan terluka, silap-silap hari bulan orang tu bunuh diri terjun dari bunga taik ayam yg di semai cantik dalam hati dia.