Saturday, March 16, 2013

24

Assalamualaikum w.b.t

Selamat ulang tahun wahai Cik fatin izzati. Usia sudah menjejak ke 24tahun. Alhamdulilah, Allah s.w.t beri aku peluang untuk teruskan hidup sebagai umatnya. Angka 24 itu terlalu besar bagiku. Ramai dikalangan sahabat ku yg seusia dengan ku sudah mendirikan rumah tangga tinggal diriku yg masih terkapai-kapai mencari-cari bakal iman. Ahhh.. Jodoh itu rahsia allah. Berusaha dan tawakal. Berdoa semoga ditemukan dengan insan yg telah dipilih oleh Allah untuk membimbingku.

24 tahun .. orang kata umur sekadar angka, yang penting maintain muda and gorgeous. "ayat penyedap hati sebenarnya tu" Bila dah menjejakkan kaki ke 24tahun ni ada satu perasaan yg semacam. Kadang-kala termenung sekejap, dah masuk 24tahun apa yg dah aku dah bg kt mak ayah aku? Apa yg dah aku buat utk diri aku sendiri? Dah terlaksanakah tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan umat allah? Semua soalan tu bermain-main dalam otak aku.

Tidak banyak yg ku harapkan di hari kelahiran ku. Hanya berharap semoga aku jadi hamba yg taat pada perintah allah. Jadi anak yg soleh kepada org tua ku. Berjaya di dunia dan akhirat. Jadi seorang insan yg lebih matang untuk mengendalikan kehidupan yg penuh cabaran.

Buat mummy ku, terima kasih di atas pengorbanan mu disaat mengandungkan, melahirkan serta membesarkan ku. Terasa begitu pantas masa berlalu, pejam celik pejam celik putri sulung mu ini sudah 24 tahun. Lihatlah putrimu ini, kedegilan yg diwarisi dari daddy. Keberaniaan yg mengalir dalam darah putri keturunan temenggung ini, kini menjadi kebanggan mu. Terima kasih buat daddy, setiap titisan peluh mu mencari rezeki demi sesuap nasi buat anak2 mu akan ku kenang sampai bila-bila. Terima kasih buat keluarga ku Azat family's, lihatlah putri sulung anda yg suatu ketika dahulu sering merengek meminta itu ini. Kini sudah menjadi seorang insan yg berjaya, seorang insan yg menjadi kebanggan keluarga. Buat sahabat-sahabat ku, terima kasih sayang kerna kamu sentiasa ada bersama ku diketika aku jatuh.

p/s : Mummy, daddy and ann ! how dare you all. Lupa besday kakak !. tak kisah walau ramai org lupa besday kakak. Tapi ini rasa mau nangis bila mummy daddy and ann lupa besday kakak. btw i miss you all especially mummy. ;'(

No comments:

Post a Comment