Saturday, February 16, 2013

"Sebelum Aku Bernikah"

Assalamualaikum w.b.t

Mesti ramai yg terkejutkan bila baca title Entry kali ini? Mesti ingat Tuan punya blog ini dah nak kawin. Betul tak? Semesntinya suatu hari nanti Tuan punya blog akan berkahwin tapi tidak diketahui bila dan dengan siapa .Bila dah sampai masanya, pasti akan dikhabarkan juga.

Actually entry kali ini pasal Buku "Sebelum Aku Bernikah- Hilal Asyraf" yang baru saja aku habis baca. Satu tajuk yg sungguh menarik perhatian ku masa mencuci mata di POPULAR siang tadi. Buku ini berada di tempat ke-4 terlaris jualannya dan menjadikan aku terus tertarik untuk membacanya. Jgn salah sangka, sungguhpun aku begitu meminati membaca novel, aku juga suka membaca buku-buku ilmiah terutama yg melibatkan motivasi sesuai dengan keadaan ku. 

Buku ini berkisarkan jalan cerita si penulis mengenai kembara cintanya. Dari sesi jatuh cinta sehinggalah ke gerbang perkahwinannya. Penulis banyak mengutarakan pendapat-pendapatnya yg tersendiri yg membuatkan aku semakin tertarik utk menghabiskan bukunya. Salah satu bab yg sungguh menarik perhatian ku ialah jodoh, jodoh, jodoh hingga lembik dan istikharah hingga keliru.

Ayat standart yg kita selalu dengar "jodoh ketentuan allah tidak perlu berusaha mencarinya". Aku salah seorang yg pernah berkata sebegitu. Pernah mempraktikannya setelah patah hati. Lepas ayat al-baqarah, ayat 122 then ditambah pula baca dlm buku ini. Barulah sedar, Jodoh mmg rahsia Allah, sebab kita tak tau lah kita kena berusaha mencari. Bak kata Hilal Asyraf "bila kita nak cemerlang dalam peperiksaan kita belajar, bila kita nak kahwin kita diam" Dan siapa kita untuk tentukan siapa jodoh kita. Sedangkan org yg berkahwin boleh bercerai. 

Solat istikharah. Sudah terlalu biasa didengari terutama sekali orang-orang yg menjadikannya sebagai satu platform utk meminta petunjuk siapa jodoh kita. Aku dikalangan orang-orang yg pernah menunaikan solat istikharah diketika aku inginkan petunjuk siapa dia dlm hidupku. Namun apa yg kulihat hanyalah apa yg aku inginkan bukan apa yg allah tentukan. Sesudah itu aku mula akur dengan keadaan itu. Aku memilih untuk teruskan kehidupan ku. Sedangkan Rasullah menunaikan Solat istikharah utk meminta petunjuk kepada Allah s.w.t dalam membuat satu-satu keputusan. Mengapakah kita tidak menggunakan platform yg sedia ada untuk meminta petunjuk dlm membuat keputusan selain berkenaan dengan hal jodoh?

"Allah hadirkan ujian buatku kerna dosa dan akhlak ku yg masih tidak baik di sisi allah. Allah tangguhkan dahulu kebaikan untuk ku kerna Dia mahu mengampunkan dosa-soda kita dengan menguji supaya ku bergerak ke arah perubahan"

Setelah selesai membaca buku ini, ternyata satu persatu serpihan peristiwa lama bermain di minda ku. Kini aku mampu tersenyum kerna ku tahu Allah menyayangi ku kerna itulah dia hadirkan aku ujian sedemikian rupa. Buku ini juga turut membantuku untuk lebih memahami istilah cinta dalam erti kehidupan sebenar. 

"Cinta adalah membawa orang yg kita sayangi ke syurga dan apa-apa yg membawa ke neraka itu bukan dinamakan cinta"




Monday, February 11, 2013

Part two - holiday

 sexiest girl in the world. lelong lelong. 

candid !

pantai tanjung lipat

jesselton port. sunset time

kundasang memorial war

pekan nabalu

tinggi-tinggi gunung kinabalu

done snorkeling at pulau mamutik

snorkeling time


setiap gambar ada cerita. 

Saturday, February 9, 2013

holiday

assalamualaikum w.b.t 

Sebelum tu nak ucap Gong xi fa chai utk kaum cina yg menyambut perayaan ini.
Bersempena dgn cuti raya cina ni, aku mengambil kesempatan utk balik kampung bagi melepaskan rindu, tapi kali ini cuti ku terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama cuti-cuti bersama my baby gurl. Round pantai barat utara sabah pulak kali ini. Kota kinabalu - kundasang - pulau mamutik, manukan, sapi - kundasang - tip of borne . 

bahagian kedua bersantai bersama family di rumah. Sayang mereka ketat-ketat. part yg best sekali bila dady bagi aku drive kuda hitam dia ( DMAX ) pegi balik kg. Terasa gagah bawak keta besar.





Malas nak cerita pjg, tgk j la half of my photo . ;)