Friday, January 11, 2013

Secebis sekeping sekerat

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah berkesempatan untuk menjenguk blog yang telah lama di tinggalkan dek kerna masa yang begitu mencemburui diriku ini dan di ketika aku punya masa untuk bersantai aku memilih untuk menghabiskan masa berhibernasi. Haha. Masih tidak terlalu lewat bukan untuk wish Happy New Year. Semoga tahun baru ini akan menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Sujud syukur kerna masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan hidup walaupun pelbagai spekulasi yg telah dikeluarkan oleh orang-orang yg pintar tetapi hakikatnya kuno mengenai dunia akan tamat pada 21/12/2012. Amboi .. Amboi jauh menyimpang aku bercakap kan? Hehe. sekali sekala apa salahnya.

Tahun berganti tahun, manusia semakin meningkat usianya. Begitu juga aku, usia ku juga semakin meningkat pabila tahun berubah. Tidak lama lagi usia ku akan genap 24tahun. Oh my god! 24thn? Sudah jauh rupanya perjalanan hidup ku ini. Bermulanya aku melihat dunia, belajar merangkak lalu bertatih dan berjalan seterusnya berlari dan kini inilah aku. Memegang status sebagai pekerja kerajaan di dalam bidang separa perubatan dan memikul tanggungjawab sebagai seorang anak sulung kadang kala begitu menguji tahap kematangan ku. Alhamdulilah Allah kurniakan aku sebuah keluarga yang sentiasa ada bersama ku, memahami keadaan ku yg keseorangan di perantauan. Sahabat karib ku yg sentiasa memegang tangan ku disaat aku memerlukan mereka.

Di usia ini harapan aku semoga aku menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya, semoga aku menemui sesuatu yg telah lama ku cari, semoga aku kuat untuk menghadapi dugaan di tahun ini.

"its hard for me to let someone new to come in my life"