Friday, December 21, 2012

Bila tangan lebih laju daripada kata-kata

Assalamualaikum w.b.t

Setelah sekian lama, akhirnya memunculkan diri di blog ini. 
Sedar tak sedar tahun 2012 hampir berakhir. Betul pepatah orang tua-tua, masa begitu pantas berlalu diketika kita bergembira. Bergembira? Adakah aku bergembira di sepanjang tahun 2012?oh semestinya tidak. Pahit manis masam masin kelat semua ada sepanjang tahun ini. Jatuh kemudian aku bangun semula tetapi aku tertewas lalu jatuh semula. Dari jatuh, aku terpaksa merangkak kerna kecederaan ku terlalu dalam. Merangkak kemudian bertatih lalu berjalan dan kini mampu berlari meninggalkan segala kelukaan lama. Alhamdulilah, Allah s.w.t memberi ku kesempataan untuk sedar akan kelekaan ku. Dia Hadiahkan ku sesuatu yg begitu berharga kemudian DIA datangkan ku satu ujian, akan tetapi aku tersilap langkah. Memilih kaca lantas meninggalkan permata. Kemudian aku sedar, langkahku sudah terpesong jauh dari jalan sebenar, lalu aku berpatah semula tanpa menoleh ke belakang semula. Di saat ini, di penghujung waktu ini, aku berhenti sejenak lalu menoleh ke belakang. Ternyata banyak liku-liku yang telah ku lalui sepanjang tahun ini yg telah merubah ku menjadi seseorang yg baru. Langkah ku terhenti seketika pabila melihat kenangan itu, tidak mungkin akan ku lupa walaupun sekejap kerna kenangan itulah yg mengajar ku erti kematangan. Aku senyum lantas melangkah semula untuk meneruskan hidup ku. Selamat tinggal kenangan ku, kau sesuatu yg berharga di masa lalu ku. Akan ku simpan semuanya.