Thursday, August 23, 2012

Aidilfitri mulia

assalamualaikum w.b.t

selamat hari raya aidilifitri readers.

setelah 4 tahun menyambut aidilfitri di perantauan, kali ini berpeluang untuk beraya di samping keluarga tersayang. Hampir 4 tahun kehilangan FEEL beraya, alhamdulilah raya kali ini agak meriah dengan kehadiran semua keluarga. Aku balik rumah nenek betul-betul malam raya, sebijik giler dgn citer anak perantauan yg balik kampung.

Hari raya pertama hanya keluarga ku dan keluarga pakcik berkumpul di rumah nenek. Walaupun hanya dua keluarga saja yg berkumpul tetapi tetap meriah. Tema baju raya KUNING ! Dua-dua keluarga pakai tema yang sama. Disebabkan raya pertama just ada dua family j, maknanya rumah pun rumah tertutup. Aku dgn adk2 len semua nya membantai tido time siang hari sebab malamnya dah berhempas pulas menyiapkan segala persiapan terakhir di rumah.

Hari Raya kedua, seawal pagi. Dah kena bangun sebab kena jadi supir utk makcik g membeli barang keperluan utk open house. Wah..rabak mata nak bangun pagi. Lepas balik dr pasar, sibuk buat persiapan dari pagi sampai tengah hari. Tetamu yang 1st sampai, family sebelah mumy. Dah lama sgt tak jumpa dgn mama. Semakin matahari menginjak ke petang semakin ramai tetamu yg datang.. Letih, pening lalat semua dah campur. Tetamu bertandang sampai ke malam.

Hari raya ke 3, hari untuk bersama Big family. seisi bergambar satu keluarga. Aku jadi tukang pakaikan samping utk semua pakcik2 ku yg pakai samping. Berkat belajar dgn dia time kt segamat dlu, dapat lah buat praktikal kt pakcik2 ku. selesai seisi bergambar satu family, masing-masing bergerak ke Kubur arwah atok. Dah 4 tahun aku tak datang menziarahi kubur Arwah. Rindu akan kehadiran Arwah...semoga rohnya bersemadi dgn aman di sana.


sesibuk mana sekali pun aku, aku masih berfikir akannya.. Sejauh mana aku berlari, rasa itu tetap menghampiri. Ya allah, kau berikanlah aku kekuatan utk menghadapi dugaan mu ini ya allah. sesungguhnya aku hanya insan biasa yg punya kelemahan.

Buat S.D suatu ketika dulu, kita pernah berjanji utk beraya bersama.Malangnya, ianya sekadar janji. Maafkan diriku, aku memungkiri janji kita. Bersempena hari raya ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. aku mohon maaf atas silap dan salah ku selama ini. Demi kebaikanmu, aku lepaskan dirimu. maafkan aku. Aku doakan semoga kau akan bertemu insan yg lebih baik dari ku. Seandainya kita ada jodoh, insyallah kita akan bersama. Seandainya, dirimu tidak dpt memaafkan diriku. aku faham. selamat hari raya.


saya FATIN IZZATI MAZZA ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin

Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan yang menginsafkan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah Allah masih memberi peluang utk merasa nikmat ramadhan untuk kesekian kalinya. Genaplah 6tahun berpuasa keseorangan di perantauan. Perasaan berpuasa bersama keluarga seakan-akan hilang dek dimakan masa.

Ramadhan kali ini, penuh dengan cabaran.Ramadhan kali ini begitu menginsafkan diriku. Ramadhan kali ini jugalah yg penuh bermakna bagiku. Berpeluang untuk berpuasa bersama insan yang ku sayang. Menyediakan juadah berbuka dan berbuka bersama ternyata begitu bermakna utk ku walaupun hanya seketika sahaja, tapi itu adalah kenangan yang paling manis. Terima kasih sayang atas segala kenangan kita bersama. Hanya Allah sahaja yg tahu betapa aku merinduimu.

"Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari"
Sesuatu telah berlaku di atas kesilapan ku sendiri. Namun aku sedar kesilapan itu yg menginsafkan aku. Aku nekad untuk berubah menjadi yg lebih baik.Dan alhamdulilah, kini aku boleh merasa ketenangan dan perubahan dalam diriku. Di pengakhiran Ramadhan ini, aku masih berpeluang menikmati manisnya ramadhan.

Ya allah, kau berikanlah ketenangan hati dan kesabaran utk menghadapi dugaan yg telah engkau berikan padaku. Sampaikanlah salam rinduku padanya. Walaupun dekat terasa begitu sukar untuk ku gapai. Andai dia bukan untuk ku, Kau takdirkanlah aku yang baik-baik. Sesungguhnya Engkau maha kuasa.


Semoga aku akan terus kekal seperti ini.

Saturday, August 11, 2012

1 tahun

assalamualaikum w.b.t
hye readers, 
rasa dah lama sgt tak update blog ni, dah bersawang-sawang aku tgk blog aku

Alhamdulilah, sebulan yang lepas iaitu beberapa hari lepas genap setahun aku bergelar physiotherapist, jawatan aku akhirnya sah. tak sangka cepat masa berlalu. Setahun bekerja bermakna setahun aku jadi anak perantau di bumi segamat ini. Terlalu banyak kenangan dan pengalaman aku kutip sepanjang aku berada di segamat. Terima kasih pada insan-insan yg sentiasa ada diketika aku perlukan pertolongan.

Kalau tahun lepas, waktu aku mula-mula lapor diri. Hidup aku just klinik dan rumah je. Tak de kawan2 lain selain dari staff klinik. Sejak aku aktif dalam aktiviti luar tugas rasmi dengan pejabat. Kenalan, kawan-kawan aku semakin ramai malah bukan setakat di PKD saja. Aku berpeluang utk mengenali kawan-kawan di jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Aku semakin dikenali sebagai physiotherapist yg sentiasa aktif tidak kira apa jua aktiviti. J.robik .. zapin ... semua aktiviti yg aku join semuanya memberi aku kenalan baru.

Namun kursus pemantapan J.robik adalah aktiviti yg tidak pernah aku lupakan kerna disana aku mengenali dia. perkenalan menjadi semakin rapat sehingga ke pertandingan zapin. siapa sangka bukan, kami menjadi sebegitu rapat. Perkenalan yg singkat membawa kepada satu perhubungan yg tidak disangka. terima kasih kerna pernah hadir dalam hidup ku dan mengajar erti kehidupan yg sebenar.

Hidup ibarat roda, kadang -kala kita di atas, kadang kala kita dibawah. Seperti tahun-tahun lepas, di awal tahun hidup ku berada di puncak di pengakhiran tahun hidup ku berada di bawah. Disaat aku berada dibawah, aku memperbaiki diriku utk menjadi insan yg lebih baik.

Raya semakin hampir, bermakna aku akan pulang ke pangkuan keluarga tersayang. 2minggu bercuti demi mengubat rindu di hati bersama mereka. Kepulangan ku kali ini, hanya utk bersama keluarga tersayang. bonda ku tunggu kepulangan anak mu. Anak mu ini teramat lah merindui pujukan mu diketika hati sedang bergelora.

kepada insan-insan yg terluka, maafkan aku. aku juga manusia biasa yg tidak blh lari dari melakukan kesilapan. semoga ini akan menjadikan pengajaran kepada ku. semoga mereka menemui org yg lebih baik. aku sentiasa mendoakan kebahagian mereka.

p/s :~ alhamdulilah, allah masih memberikan aku peluang utk merasai nikmat ramadhan dan peluang utk menjadi insan yg lebih baik. semoga perubahan ini akan berkekalan hingga akhir hayat.