Wednesday, June 13, 2012

Aku ada ... kau ada?

"Tuhan mengizinkan kita disakiti agar esok kita tahu cara untuk mengubati orang yang terluka... Tuhan membuat kita menangis agar esok kita mampu menghiburkan orang yang bersedih.. Tuhan menjadikan kita manusia dengan kelemahan dan kelebihan agar kita sedar dan tahu bahawa dengan hanya BERDOA dan BERUSAHA, Tuhan akan menjadikan segalanya indah pada waktunya" - copy paste


Suatu ketika dulu, aku disakiti. Disakiti oleh insan yang amat aku sayangi, tapi kerna kesakitan yang aku alami, aku menjadi seorang insan matang dalam memahami satu situasi dan boleh memberi nasihat atau kata-kata perangsang kepada orang lain. 

Dulu aku pernah menangis dan menangis. Setiap titisan air mata yang mengalir ditukarkan kepada senyuman untuk menyembunyikan segalanya. Air mata yang mengalir ialah air mata yang hanya mampu dilihat dengan mata hati bukan dengan mata kasar. Tapi itu hanya suatu ketika dulu.......

Kini, setiap senyuman ku ternyata lebih bermakna. Senyuman yang tidak mempunyai isi tersirat. Senyuman ku kini melambangkan betapa bahagianya hidupku bersama insan-insan yang sentiasa ada bersama ku. Dan senyuman inilah yang sering ku perlihatkan kepada insan-insan yang pernah menyakiti ku. 
"Kamu tidak pernah melemahkanku sebaliknya kamu menjadikan ku insan yang lebih kuat"

Kini, aku tahu setiap perkara yang pernah terjadi kepada ku adalah satu ujian yang datang daripada-NYA untuk menjadikan aku seorang insan yang akan menjadi penawar kepada kedukaan orang lain, menjadi contoh terbaik kepada insan disekeliling untuk terus hidup walaupun disakiti dan menjadi insan yang matang dalam semua perkara.


Terima kasih kepada kenangan lalu, kesakitan yang kau beri adalah satu anugerah kepada ku, kerna kini aku hidupku lebih bermakna. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya, hanya masa yang akan menentukan bila dan bagaimana kita merasa hikmah dari-NYA. Dan kini, aku merasai hikmah disebalik kepahitan lalu.