Sunday, May 20, 2012

GAGAL.

Assalamualaikum w.b.t
Hye readers

Cantik tak Blog aku ni?? Hehe.. susah payah aku tukar layout blog ni. Aku lebih suka dengan layout blog aku sekarang, lebih simple dan yang penting cantik. *Dush dush pengsan*

Semalam msg dengan cik abg sampai tengah malam, jarang-jarang cik abg aku ni berjaga sampai tgh malam msg dengan aku, even aku tau dia dah tertido-tido msg aku semalam. Hehe. Actually topik msg kitorg semalam mengingatkan aku pada pengalaman lalu aku. Kegagalan dalam bercinta tapi berjaya menjadi insan yang berguna.

Kegagalan dalam bercinta bukan sekali tapi dua kali. Kegagalan pertama waktu belajar di Matrikulasi. Dia cinta pertama ku. Sakit yang teramat sangat sebab dia memilih untuk bersama orang lain hanya kerna aku seringkali jauh darinya. Pertunangannya di Hari Lahir ku yang ke-19 and mid term exam. Terlalu besar dugaan yang perlu aku lalui, dengan mid term exam dan khabar pertunangan dia. Tapi Alhamdulilah, aku mampu untuk meneruskan kehidupan harianku. Lulus dengan jayanya mid term exam walaupun hampir tersungkur.

Kegagalan kedua sewaktu belajar tahun akhir Diploma physiotherapy, Bulan terakhir untuk final sem and saat-saat terakhir untuk Final exam yang akan menentukan samada aku qualified atau tak utk jadi cik physiotherapist. Sekali lagi aku di duga Allah di ketika aku perlu menghadapi Final Exam. Aku memilih untuk undur diri dari hidupnya disebabkan banyak faktor. Cukup aku disakiti berulang kali, hati tidak boleh lagi untuk menerima terlalu banyak kelukaan. Selama seminggu aku gagahkan hati aku demi untuk Final Exam aku. Setelah selesai kesemunya akhirnya air mata aku jatuh juga untuk kesekian kali. Akan tetapi aku dapat melakukan Exam aku dengan baik dan finally aku qualified menjadi Physiotherapist.

Kegagalan yang aku alami menjadikan aku lebih matang dan kuat untuk menghadapi setiap dugaan yang Allah s.w.t turunkan kepada ku. Kalau kegagalan pertama aku hampir tersungkur tapi kegagalan kedua aku masih berdiri tegak. Mampu bergelak ketawa, enjoy dengan kawan-kawan walaupun ketika itu dalam hati tiada siapa yang tahu. Aku bertuah kerna Allah kurniakan aku kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku dikala aku perlukan mereka. Terima kasih pada mereka. Sayang sangat dengan mereka. ;)

Kematangan dan ketabahan aku sekarang mungkin sedikit sebanyak dipengaruhi oleh mummy ku sendiri. Dikhianati oleh insan yang disayangi tapi terus tabah demi anak-anak. Aku sendiri melihat jatuh bangun mummy aku demi anak-anaknya. Aku begitu kagum mempunyai mummy setabah itu. Permata hatinya adalah anak-anaknya. Begitu juga aku, aku terus tabah demi mengapai kejayaan agar aku dapat membahagiakan mummy ku.

Ingatlah wahai readers, kegagalan bercinta bukan bererti berakhirlah hidup kita. Kegagalan adalah mematangkan, kejayaan sebagai hadiah atas kematangan kita. Zaman sekarang, banyak berita remaja lari rumah sebab kemaruk bercinta. Mereka tidak pernah berfikir tentang masa depan sendiri. Allah telah tulis dalam takdir kita, setiap makhluk yang diciptakannya ada pasangan masing-masing. Mungkin Si dia bukanlah untuk kita, tapi ada yang lebih baik dari dia.

Dikala ini, Allah telah menemukan aku dengan seseorang, mungkin dia adalah orang yg telah Allah takdirkan untuk menemani aku sepanjang hayat ku. Aku bahagia bersama dia kerna kebahagiaan kami atas restu keluarga. terima kasih hensem b.


Nota tapak kaki : Jodoh itu rahsia Allah. Hanya Dia yang maha mengetahui. Seandainya, Allah rindukan umatnya, maka Dia akan turunkan dugaan agar kita memohon kepadanya.

Wednesday, May 2, 2012

Why Man Don't Listen And Why Women Can't Read A Map

assalamualaikum w.b.t
 Hye readers
 wow ! blogger dah tukar setting kt dashboard. Nampak sangat aku dah lama tak jenguk blog aku ni. Macam biasalah, takde idea nak update pasal pe2 pun, tu yg x jenguk blog ni. Tapi hari ni aku ad satu topi yg menarik nak kongsi ngn semua. Hari tu, aku pinjam buku member aku "why man don't listen and why women can't read a map" by ALLAN & BARBARA PEASE. Buku ni bukanlah buku novel cinta ke, penyiasataan ke, tp buku ni mcm buku motivasi jugalah. Best baca buku ni sebab banyak benda yg kita akan tahu pasal lelaki & perempuan.

Mengapa wanita mampu melihat sehali rambut perang yang terlekat pada baju suaminya dari jarak 20 kaki tetapi dia melanggar pintu garaj apabila mahu memakir kereta?? Pasti reader perempuan setuju bukan?? Ini kerana mengagak jarak di antara belakang kereta dan dinding garaj ketika kereta bergerak adalh kemahiran spatial/ruang yg terletak pada hemisfera kanan lelaki akan tetapi kemahiran ini tidak begitu ketara pada perempaun. Sebab tulah, perempuan selalu langgar tiang/dinding time nk parkir kereta. 


So, para suami/pakwe/ayah/abang jgn lah marah kt kaum perempuan nye. :)


*keta aku yg beru beli 4bln tu da langgar something sampai bumper terkeluar, nsb bek tak kronik. Dady aku langsung tak tahu pun psl hal ni, klu dia tahu nak setahun gak dady aku membebel*


satu part yg paling best aku baca "mengapa wanita mempunyai gerak hati dan mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada wanita" Lelaki tidak mampu berbohong pada wanita kerana wanita mempunyai deria yg lebih peka dlm menerima dan menganalisis maklumat2. Otat wanita mampu menghantar maklumat dari satu hemisfera ke satu hemisfera lain dgn cpt menjadikan nya cekap memahami isyarat visual,lisan dan isyarat lain. Sebab itulah, lelaki tidak mampu berbohong dengan wanita secara berhadapan. Tapi hampir semua wanita mampu berbohong dgn lelaki secara berhadapan dengan mudah kerna lelaki tidak mempunyai kepekaan mengesan isyarat bukan lisan dan lisan.



* Sebab tu lah, lelaki selalu kantoi ngn perempuan bila ad awek lain dan seorang ibu tahu samada anaknya berbohong ataupun tidak* Hebat kan perempuan ? HEHEHE



 Wanita suka berkias. Disebabkan sifat inilah, ramai lelaki mengatakan bahawa wanita adalah makhluk yg paling complex. Ini kerana lelaki tidak mampu memahami maksud yg cuba disampaikan oleh seorang wanita. Manakala Lelaki suka berterus terang. Bagi mereka berterus terang adalah jalan yg mudah, tidak perlu untuk berfikir maksud disebalik ayat. Namun begitu perbezaan ini boleh diatasi pabila wanita dan lelaki sama-sama berusaha untuk memahami antara satu sama lain.



Seringkali terjadi bila si anak lelaki menjerit "mum.. where is my sock??" even stokin tu depan mata pun but still anak lelaki tak nampak. Bila si ibu datang dengan mudah si ibu dapat mencarinya. Ini kerna wanita mempunyai penglihatan periferi yg lebih luas berbanding dgn lelaki. Sebab itulah, bila ibu/istri minta suami/anak mencari barang yg kecil di dalam bilik pasti mereka tidak menjumpainya.
*Tiapkali tnya mumy bende yg kitorang pakai then tak letak kt mna, mmg seharian mumy aku membebel*



Buku ini, aku tak habis baca lagi pun, aku share sikit2 lah yg mana aku rasa menarik. Sapa-sapa yg berminat pegi lah beli buku ni. Dijamin best ! Memang baca sampai sengih2/gelak2 seseorang sebab terkena batang hidung sendiri. Haha.


Nota tapak kaki : Cik abg syg saya suke skodeng page sy kan ? ;p sila baca ok . hehe. love you dear .