Friday, December 21, 2012

Bila tangan lebih laju daripada kata-kata

Assalamualaikum w.b.t

Setelah sekian lama, akhirnya memunculkan diri di blog ini. 
Sedar tak sedar tahun 2012 hampir berakhir. Betul pepatah orang tua-tua, masa begitu pantas berlalu diketika kita bergembira. Bergembira? Adakah aku bergembira di sepanjang tahun 2012?oh semestinya tidak. Pahit manis masam masin kelat semua ada sepanjang tahun ini. Jatuh kemudian aku bangun semula tetapi aku tertewas lalu jatuh semula. Dari jatuh, aku terpaksa merangkak kerna kecederaan ku terlalu dalam. Merangkak kemudian bertatih lalu berjalan dan kini mampu berlari meninggalkan segala kelukaan lama. Alhamdulilah, Allah s.w.t memberi ku kesempataan untuk sedar akan kelekaan ku. Dia Hadiahkan ku sesuatu yg begitu berharga kemudian DIA datangkan ku satu ujian, akan tetapi aku tersilap langkah. Memilih kaca lantas meninggalkan permata. Kemudian aku sedar, langkahku sudah terpesong jauh dari jalan sebenar, lalu aku berpatah semula tanpa menoleh ke belakang semula. Di saat ini, di penghujung waktu ini, aku berhenti sejenak lalu menoleh ke belakang. Ternyata banyak liku-liku yang telah ku lalui sepanjang tahun ini yg telah merubah ku menjadi seseorang yg baru. Langkah ku terhenti seketika pabila melihat kenangan itu, tidak mungkin akan ku lupa walaupun sekejap kerna kenangan itulah yg mengajar ku erti kematangan. Aku senyum lantas melangkah semula untuk meneruskan hidup ku. Selamat tinggal kenangan ku, kau sesuatu yg berharga di masa lalu ku. Akan ku simpan semuanya. 





Saturday, October 13, 2012

Holiday is cuti-cuti

assalamualaikum ...
hye hye hye readers ..
agak bersawang-sawang blog aku ini. almaklumlah dah lama tak jenguk apatah lagi update.

Kesibukan yang melampau meragut masa ku untuk update blog ku. Kerja 7 hari non-stop and bila ada free time pulak aku holiday pegi merantau serata malaysia.

Sepanjang aku sibuk dengan kerja-kerja ku yg bertimbun-timbun dan program yg tak pernah berhenti, aku masih berpeluang nak pegi holiday dengan BFF aku. SHORT HOLIDAY.


untuk holiday yang pertama, aku dgn akma nadila fly g sandakan untuk 3ari 2malam. Ni pertama kali akma nadila naik flight, bagi aku lak ni kali ke2 aku dtg sandakan lepas 10+ tahun yg lepas. huhu. Sepanjang ada kt sandakan, kitorang ada driver yang tak bergaji dan berpeluang utk jadi retis.. hehe. 




Second holiday lak, merentas tanah semenanjung johor-kedah. Wow, yg ni mmg penat nak mati sbb aku sorang yg drive dr johor sampai kedah. Pertama kali drive jauh macam tu, mmg perlu ketahanan yang sangat tinggi. bertolak dari johor 1.00pm tp singgah melaka then singgah lcct. Dari lcct bertolak jam9 mlm sampai kedah tepat kul4 pagi. esoknya, bangun kul8 pagi. tido 5jam then kuar g berjalan sampai ke perlis.Balik jam11 malam. mmg xde rehat langsung. Hari ahad, sebelum berangkat pulang singgah HOSPITAL SULTANAH BAHYIAH jumpa mak-mak yg ada kat sana. Alhamdulilah, muka budak bertiga ini tak pernah staff kat sana lupa. Budak praktikal kkm yang paling nakal sekali. Kenakalan kami sampai boleh buat HOD fisio fobia nak amik student perempuan dr KKM. Hahaha ...





keseronokan holiday ternyata masih berbekas dihati. Holiday seterusnya pasti akan menyusul.

Bulan okt langsung tak merasa holiday kerja sampai hujung minggu. Rasa nak muntah mengadap kerja j. Oh please lah, give me some holiday. tak larat dah mengadap kerja je..blh masuk hospital tampoi aku klu mengadap kerja 24jam ..


P/s : Holiday last minute yang berjaya dijalankan. love you akma nadila & rubianah. kamu kawan sejati hingga akhir hayat.

Masih di sini

Di sini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu, masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Kucoba 'tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu, ooo... meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar, 
Mentari yang tenang bersamaku, disini
Kudapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/h/hijau_daun/suara.html ]
Suara... dengarkanlah aku
Apa kabarnya, pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya, masih berharap, di dalam hatinya, aa... 
Suara, dengarkanlah aku
Apakah aku, slalu di hatinya
Aku di sini menunggunya, masih berharap, di dalam hatinya, aa... 

Dan aku masih tetap disini, 
Kulewati semua yang terjadi, 
Aku menunggumu, oh, aku menunggu

(Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku)
Aku disini menunggunya, masih berharap, di dalam haitnya, aa... 
Suara dengarkanlah aku, 
Apakah aku ada di hatinya 
Aku disini menunggunya masih berharap, di dalam hatinya... 
Suara dengarkanlah aku, 
Apa kabarnya, pujaan hatiku, 
Aku disini menunggunya, masih berharap di dalam hatinya, oh, oh, oh.

# i never stopped love you, i just stopped show it #

Thursday, August 23, 2012

Aidilfitri mulia

assalamualaikum w.b.t

selamat hari raya aidilifitri readers.

setelah 4 tahun menyambut aidilfitri di perantauan, kali ini berpeluang untuk beraya di samping keluarga tersayang. Hampir 4 tahun kehilangan FEEL beraya, alhamdulilah raya kali ini agak meriah dengan kehadiran semua keluarga. Aku balik rumah nenek betul-betul malam raya, sebijik giler dgn citer anak perantauan yg balik kampung.

Hari raya pertama hanya keluarga ku dan keluarga pakcik berkumpul di rumah nenek. Walaupun hanya dua keluarga saja yg berkumpul tetapi tetap meriah. Tema baju raya KUNING ! Dua-dua keluarga pakai tema yang sama. Disebabkan raya pertama just ada dua family j, maknanya rumah pun rumah tertutup. Aku dgn adk2 len semua nya membantai tido time siang hari sebab malamnya dah berhempas pulas menyiapkan segala persiapan terakhir di rumah.

Hari Raya kedua, seawal pagi. Dah kena bangun sebab kena jadi supir utk makcik g membeli barang keperluan utk open house. Wah..rabak mata nak bangun pagi. Lepas balik dr pasar, sibuk buat persiapan dari pagi sampai tengah hari. Tetamu yang 1st sampai, family sebelah mumy. Dah lama sgt tak jumpa dgn mama. Semakin matahari menginjak ke petang semakin ramai tetamu yg datang.. Letih, pening lalat semua dah campur. Tetamu bertandang sampai ke malam.

Hari raya ke 3, hari untuk bersama Big family. seisi bergambar satu keluarga. Aku jadi tukang pakaikan samping utk semua pakcik2 ku yg pakai samping. Berkat belajar dgn dia time kt segamat dlu, dapat lah buat praktikal kt pakcik2 ku. selesai seisi bergambar satu family, masing-masing bergerak ke Kubur arwah atok. Dah 4 tahun aku tak datang menziarahi kubur Arwah. Rindu akan kehadiran Arwah...semoga rohnya bersemadi dgn aman di sana.


sesibuk mana sekali pun aku, aku masih berfikir akannya.. Sejauh mana aku berlari, rasa itu tetap menghampiri. Ya allah, kau berikanlah aku kekuatan utk menghadapi dugaan mu ini ya allah. sesungguhnya aku hanya insan biasa yg punya kelemahan.

Buat S.D suatu ketika dulu, kita pernah berjanji utk beraya bersama.Malangnya, ianya sekadar janji. Maafkan diriku, aku memungkiri janji kita. Bersempena hari raya ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. aku mohon maaf atas silap dan salah ku selama ini. Demi kebaikanmu, aku lepaskan dirimu. maafkan aku. Aku doakan semoga kau akan bertemu insan yg lebih baik dari ku. Seandainya kita ada jodoh, insyallah kita akan bersama. Seandainya, dirimu tidak dpt memaafkan diriku. aku faham. selamat hari raya.


saya FATIN IZZATI MAZZA ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin

Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan yang menginsafkan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah Allah masih memberi peluang utk merasa nikmat ramadhan untuk kesekian kalinya. Genaplah 6tahun berpuasa keseorangan di perantauan. Perasaan berpuasa bersama keluarga seakan-akan hilang dek dimakan masa.

Ramadhan kali ini, penuh dengan cabaran.Ramadhan kali ini begitu menginsafkan diriku. Ramadhan kali ini jugalah yg penuh bermakna bagiku. Berpeluang untuk berpuasa bersama insan yang ku sayang. Menyediakan juadah berbuka dan berbuka bersama ternyata begitu bermakna utk ku walaupun hanya seketika sahaja, tapi itu adalah kenangan yang paling manis. Terima kasih sayang atas segala kenangan kita bersama. Hanya Allah sahaja yg tahu betapa aku merinduimu.

"Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari"
Sesuatu telah berlaku di atas kesilapan ku sendiri. Namun aku sedar kesilapan itu yg menginsafkan aku. Aku nekad untuk berubah menjadi yg lebih baik.Dan alhamdulilah, kini aku boleh merasa ketenangan dan perubahan dalam diriku. Di pengakhiran Ramadhan ini, aku masih berpeluang menikmati manisnya ramadhan.

Ya allah, kau berikanlah ketenangan hati dan kesabaran utk menghadapi dugaan yg telah engkau berikan padaku. Sampaikanlah salam rinduku padanya. Walaupun dekat terasa begitu sukar untuk ku gapai. Andai dia bukan untuk ku, Kau takdirkanlah aku yang baik-baik. Sesungguhnya Engkau maha kuasa.


Semoga aku akan terus kekal seperti ini.

Saturday, August 11, 2012

1 tahun

assalamualaikum w.b.t
hye readers, 
rasa dah lama sgt tak update blog ni, dah bersawang-sawang aku tgk blog aku

Alhamdulilah, sebulan yang lepas iaitu beberapa hari lepas genap setahun aku bergelar physiotherapist, jawatan aku akhirnya sah. tak sangka cepat masa berlalu. Setahun bekerja bermakna setahun aku jadi anak perantau di bumi segamat ini. Terlalu banyak kenangan dan pengalaman aku kutip sepanjang aku berada di segamat. Terima kasih pada insan-insan yg sentiasa ada diketika aku perlukan pertolongan.

Kalau tahun lepas, waktu aku mula-mula lapor diri. Hidup aku just klinik dan rumah je. Tak de kawan2 lain selain dari staff klinik. Sejak aku aktif dalam aktiviti luar tugas rasmi dengan pejabat. Kenalan, kawan-kawan aku semakin ramai malah bukan setakat di PKD saja. Aku berpeluang utk mengenali kawan-kawan di jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Aku semakin dikenali sebagai physiotherapist yg sentiasa aktif tidak kira apa jua aktiviti. J.robik .. zapin ... semua aktiviti yg aku join semuanya memberi aku kenalan baru.

Namun kursus pemantapan J.robik adalah aktiviti yg tidak pernah aku lupakan kerna disana aku mengenali dia. perkenalan menjadi semakin rapat sehingga ke pertandingan zapin. siapa sangka bukan, kami menjadi sebegitu rapat. Perkenalan yg singkat membawa kepada satu perhubungan yg tidak disangka. terima kasih kerna pernah hadir dalam hidup ku dan mengajar erti kehidupan yg sebenar.

Hidup ibarat roda, kadang -kala kita di atas, kadang kala kita dibawah. Seperti tahun-tahun lepas, di awal tahun hidup ku berada di puncak di pengakhiran tahun hidup ku berada di bawah. Disaat aku berada dibawah, aku memperbaiki diriku utk menjadi insan yg lebih baik.

Raya semakin hampir, bermakna aku akan pulang ke pangkuan keluarga tersayang. 2minggu bercuti demi mengubat rindu di hati bersama mereka. Kepulangan ku kali ini, hanya utk bersama keluarga tersayang. bonda ku tunggu kepulangan anak mu. Anak mu ini teramat lah merindui pujukan mu diketika hati sedang bergelora.

kepada insan-insan yg terluka, maafkan aku. aku juga manusia biasa yg tidak blh lari dari melakukan kesilapan. semoga ini akan menjadikan pengajaran kepada ku. semoga mereka menemui org yg lebih baik. aku sentiasa mendoakan kebahagian mereka.

p/s :~ alhamdulilah, allah masih memberikan aku peluang utk merasai nikmat ramadhan dan peluang utk menjadi insan yg lebih baik. semoga perubahan ini akan berkekalan hingga akhir hayat.

Wednesday, June 13, 2012

Aku ada ... kau ada?

"Tuhan mengizinkan kita disakiti agar esok kita tahu cara untuk mengubati orang yang terluka... Tuhan membuat kita menangis agar esok kita mampu menghiburkan orang yang bersedih.. Tuhan menjadikan kita manusia dengan kelemahan dan kelebihan agar kita sedar dan tahu bahawa dengan hanya BERDOA dan BERUSAHA, Tuhan akan menjadikan segalanya indah pada waktunya" - copy paste


Suatu ketika dulu, aku disakiti. Disakiti oleh insan yang amat aku sayangi, tapi kerna kesakitan yang aku alami, aku menjadi seorang insan matang dalam memahami satu situasi dan boleh memberi nasihat atau kata-kata perangsang kepada orang lain. 

Dulu aku pernah menangis dan menangis. Setiap titisan air mata yang mengalir ditukarkan kepada senyuman untuk menyembunyikan segalanya. Air mata yang mengalir ialah air mata yang hanya mampu dilihat dengan mata hati bukan dengan mata kasar. Tapi itu hanya suatu ketika dulu.......

Kini, setiap senyuman ku ternyata lebih bermakna. Senyuman yang tidak mempunyai isi tersirat. Senyuman ku kini melambangkan betapa bahagianya hidupku bersama insan-insan yang sentiasa ada bersama ku. Dan senyuman inilah yang sering ku perlihatkan kepada insan-insan yang pernah menyakiti ku. 
"Kamu tidak pernah melemahkanku sebaliknya kamu menjadikan ku insan yang lebih kuat"

Kini, aku tahu setiap perkara yang pernah terjadi kepada ku adalah satu ujian yang datang daripada-NYA untuk menjadikan aku seorang insan yang akan menjadi penawar kepada kedukaan orang lain, menjadi contoh terbaik kepada insan disekeliling untuk terus hidup walaupun disakiti dan menjadi insan yang matang dalam semua perkara.


Terima kasih kepada kenangan lalu, kesakitan yang kau beri adalah satu anugerah kepada ku, kerna kini aku hidupku lebih bermakna. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya, hanya masa yang akan menentukan bila dan bagaimana kita merasa hikmah dari-NYA. Dan kini, aku merasai hikmah disebalik kepahitan lalu. 

Sunday, May 20, 2012

GAGAL.

Assalamualaikum w.b.t
Hye readers

Cantik tak Blog aku ni?? Hehe.. susah payah aku tukar layout blog ni. Aku lebih suka dengan layout blog aku sekarang, lebih simple dan yang penting cantik. *Dush dush pengsan*

Semalam msg dengan cik abg sampai tengah malam, jarang-jarang cik abg aku ni berjaga sampai tgh malam msg dengan aku, even aku tau dia dah tertido-tido msg aku semalam. Hehe. Actually topik msg kitorg semalam mengingatkan aku pada pengalaman lalu aku. Kegagalan dalam bercinta tapi berjaya menjadi insan yang berguna.

Kegagalan dalam bercinta bukan sekali tapi dua kali. Kegagalan pertama waktu belajar di Matrikulasi. Dia cinta pertama ku. Sakit yang teramat sangat sebab dia memilih untuk bersama orang lain hanya kerna aku seringkali jauh darinya. Pertunangannya di Hari Lahir ku yang ke-19 and mid term exam. Terlalu besar dugaan yang perlu aku lalui, dengan mid term exam dan khabar pertunangan dia. Tapi Alhamdulilah, aku mampu untuk meneruskan kehidupan harianku. Lulus dengan jayanya mid term exam walaupun hampir tersungkur.

Kegagalan kedua sewaktu belajar tahun akhir Diploma physiotherapy, Bulan terakhir untuk final sem and saat-saat terakhir untuk Final exam yang akan menentukan samada aku qualified atau tak utk jadi cik physiotherapist. Sekali lagi aku di duga Allah di ketika aku perlu menghadapi Final Exam. Aku memilih untuk undur diri dari hidupnya disebabkan banyak faktor. Cukup aku disakiti berulang kali, hati tidak boleh lagi untuk menerima terlalu banyak kelukaan. Selama seminggu aku gagahkan hati aku demi untuk Final Exam aku. Setelah selesai kesemunya akhirnya air mata aku jatuh juga untuk kesekian kali. Akan tetapi aku dapat melakukan Exam aku dengan baik dan finally aku qualified menjadi Physiotherapist.

Kegagalan yang aku alami menjadikan aku lebih matang dan kuat untuk menghadapi setiap dugaan yang Allah s.w.t turunkan kepada ku. Kalau kegagalan pertama aku hampir tersungkur tapi kegagalan kedua aku masih berdiri tegak. Mampu bergelak ketawa, enjoy dengan kawan-kawan walaupun ketika itu dalam hati tiada siapa yang tahu. Aku bertuah kerna Allah kurniakan aku kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku dikala aku perlukan mereka. Terima kasih pada mereka. Sayang sangat dengan mereka. ;)

Kematangan dan ketabahan aku sekarang mungkin sedikit sebanyak dipengaruhi oleh mummy ku sendiri. Dikhianati oleh insan yang disayangi tapi terus tabah demi anak-anak. Aku sendiri melihat jatuh bangun mummy aku demi anak-anaknya. Aku begitu kagum mempunyai mummy setabah itu. Permata hatinya adalah anak-anaknya. Begitu juga aku, aku terus tabah demi mengapai kejayaan agar aku dapat membahagiakan mummy ku.

Ingatlah wahai readers, kegagalan bercinta bukan bererti berakhirlah hidup kita. Kegagalan adalah mematangkan, kejayaan sebagai hadiah atas kematangan kita. Zaman sekarang, banyak berita remaja lari rumah sebab kemaruk bercinta. Mereka tidak pernah berfikir tentang masa depan sendiri. Allah telah tulis dalam takdir kita, setiap makhluk yang diciptakannya ada pasangan masing-masing. Mungkin Si dia bukanlah untuk kita, tapi ada yang lebih baik dari dia.

Dikala ini, Allah telah menemukan aku dengan seseorang, mungkin dia adalah orang yg telah Allah takdirkan untuk menemani aku sepanjang hayat ku. Aku bahagia bersama dia kerna kebahagiaan kami atas restu keluarga. terima kasih hensem b.


Nota tapak kaki : Jodoh itu rahsia Allah. Hanya Dia yang maha mengetahui. Seandainya, Allah rindukan umatnya, maka Dia akan turunkan dugaan agar kita memohon kepadanya.

Wednesday, May 2, 2012

Why Man Don't Listen And Why Women Can't Read A Map

assalamualaikum w.b.t
 Hye readers
 wow ! blogger dah tukar setting kt dashboard. Nampak sangat aku dah lama tak jenguk blog aku ni. Macam biasalah, takde idea nak update pasal pe2 pun, tu yg x jenguk blog ni. Tapi hari ni aku ad satu topi yg menarik nak kongsi ngn semua. Hari tu, aku pinjam buku member aku "why man don't listen and why women can't read a map" by ALLAN & BARBARA PEASE. Buku ni bukanlah buku novel cinta ke, penyiasataan ke, tp buku ni mcm buku motivasi jugalah. Best baca buku ni sebab banyak benda yg kita akan tahu pasal lelaki & perempuan.

Mengapa wanita mampu melihat sehali rambut perang yang terlekat pada baju suaminya dari jarak 20 kaki tetapi dia melanggar pintu garaj apabila mahu memakir kereta?? Pasti reader perempuan setuju bukan?? Ini kerana mengagak jarak di antara belakang kereta dan dinding garaj ketika kereta bergerak adalh kemahiran spatial/ruang yg terletak pada hemisfera kanan lelaki akan tetapi kemahiran ini tidak begitu ketara pada perempaun. Sebab tulah, perempuan selalu langgar tiang/dinding time nk parkir kereta. 


So, para suami/pakwe/ayah/abang jgn lah marah kt kaum perempuan nye. :)


*keta aku yg beru beli 4bln tu da langgar something sampai bumper terkeluar, nsb bek tak kronik. Dady aku langsung tak tahu pun psl hal ni, klu dia tahu nak setahun gak dady aku membebel*


satu part yg paling best aku baca "mengapa wanita mempunyai gerak hati dan mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada wanita" Lelaki tidak mampu berbohong pada wanita kerana wanita mempunyai deria yg lebih peka dlm menerima dan menganalisis maklumat2. Otat wanita mampu menghantar maklumat dari satu hemisfera ke satu hemisfera lain dgn cpt menjadikan nya cekap memahami isyarat visual,lisan dan isyarat lain. Sebab itulah, lelaki tidak mampu berbohong dengan wanita secara berhadapan. Tapi hampir semua wanita mampu berbohong dgn lelaki secara berhadapan dengan mudah kerna lelaki tidak mempunyai kepekaan mengesan isyarat bukan lisan dan lisan.



* Sebab tu lah, lelaki selalu kantoi ngn perempuan bila ad awek lain dan seorang ibu tahu samada anaknya berbohong ataupun tidak* Hebat kan perempuan ? HEHEHE



 Wanita suka berkias. Disebabkan sifat inilah, ramai lelaki mengatakan bahawa wanita adalah makhluk yg paling complex. Ini kerana lelaki tidak mampu memahami maksud yg cuba disampaikan oleh seorang wanita. Manakala Lelaki suka berterus terang. Bagi mereka berterus terang adalah jalan yg mudah, tidak perlu untuk berfikir maksud disebalik ayat. Namun begitu perbezaan ini boleh diatasi pabila wanita dan lelaki sama-sama berusaha untuk memahami antara satu sama lain.



Seringkali terjadi bila si anak lelaki menjerit "mum.. where is my sock??" even stokin tu depan mata pun but still anak lelaki tak nampak. Bila si ibu datang dengan mudah si ibu dapat mencarinya. Ini kerna wanita mempunyai penglihatan periferi yg lebih luas berbanding dgn lelaki. Sebab itulah, bila ibu/istri minta suami/anak mencari barang yg kecil di dalam bilik pasti mereka tidak menjumpainya.
*Tiapkali tnya mumy bende yg kitorang pakai then tak letak kt mna, mmg seharian mumy aku membebel*



Buku ini, aku tak habis baca lagi pun, aku share sikit2 lah yg mana aku rasa menarik. Sapa-sapa yg berminat pegi lah beli buku ni. Dijamin best ! Memang baca sampai sengih2/gelak2 seseorang sebab terkena batang hidung sendiri. Haha.


Nota tapak kaki : Cik abg syg saya suke skodeng page sy kan ? ;p sila baca ok . hehe. love you dear .

Saturday, March 31, 2012

Semakin pupus

Assalamualaikum.

Sudah lama rasanya tak update blog ni, jari pun dah rasa gatal nak tekan-tekan keyboard notebook. Blog pun dah bersawang, spider web ada di mana-mana.Hehe..Bukan tak nak update blog tapi kekangan masa and takde idea nak update pasal apa. bla bla bla.. byklah alasan ko cik fatin oit. Ok straight to the point lah.

Hari ni ak nak cakap pasal TARIAN TRADISIONAL yg ada kt malaysia ni.Zaman beralih zaman berubah ke arah arus kemodenan telah menelan warisan berzaman-zaman kita. Remaja sekarang lebih tahu tarian K-POP, SHUFFLE, BREAKDANCE.Tapi bila ditanya pasal tarian tradisional pasti terkapai-kapai nk jawab.

Bagi aku, minat yg mendalam, dalam tarian tradisional dah lama berputik dari aku umur 8tahun. Tarian pertama yang aku belajar ialah tarian DAlING-DALING. Waktu sekolah dlu, ad seorang cikgu ni mengajar tarian kt senior2 aku. Aku pula selalu curi-curi tgk diaorg praktis. Dari situ minat aku mula berputik. Bila umur aku menjejak 10thn, cikgu aku bagi aku peluang untuk join pertandingan tarian peringkat daerah. Walaupun tak menang dalam pertandingan tu, pengalaman yg ak dpt time pertandingan tu ak simpan sampai sekarang.

Menjejakkan kaki ke sekolah menengah, matrik dan seterusnya ke kolej minat dalam tarian tu masih ada. Malah time kt kolej, ak adalah salah sorg dr ajk tertinggi dan org kuat dlm kelab tarian dan kebudayaan. Di kolej ak menambahkan ilmu dalam seni tarian tradisional bila berpeluang untuk mengikuti kelas tarian yg dianjurkan oleh kelab tarian. Aku berterima kasih byk2 kepada semua yg sudi berkongsi ilmu dalam seni tarian. :). Ok dah habis citer pasal aku, jom baca sedikit sebanyak info pasal tarian tradisional.

Semua tau kan malaysia kaya dengan budaya dan pelbagai kaum? Kalau tak tau tu, sah mmg bukan org malaysia. Kalau nak kira berapa banyak tarian tradisional kaum kt malaysia ni, mmg payahlah.So aku nak cakap pasal Tarian tradisional yg selalunya kita as org malaysia selalu tengok tiap kali ad majlis rasmi, pertandingan,perkahwinan dan bla bla bla.

As anak jati SABAH, tarian yg paling famous kt sabah mestilah SUMAZAU. Tarian ini, tarian suku kaum kadazandusun. Tiap kali ad keramaian tarian ni la yg biasa dipersembahkan. Second tarian Daling-daling or igal-igal dari suku kaum bajau. Bagi orang semenanjung mungkin ad yg tau pasal tarian ni or mgkin ramai yg tak tau. Tarian mongigol pula tarian daripada suku kaum rungus. Bagi aku, tarian mongigol ni lah tarian yg tak pernah ak lepas dgn jaya nya. dah byk kali try praktis tapi still fail. Actually banyak lagi tarian suku kaum org sabah, tapi ini je lah yg aku tau and da selalu praktis. yang len tak pernah try lgi.

Tarian joget, zapin, inang pula adalah tarian yang terkenal dikalangan masyarakat di semenanjung malaysia. Tarian inilah yang biasanya dipersembahkan tiap kali ad masjlis keramaian. Sebenarnya terdapat banyak lagi tarian dikalangan masyarakat semenanjung, setiap negeri mempunyai tarian tradisional nya yg tersendiri. Itulah keunikan yang ada pada rakyat malaysia.

Diantara tarian suku kaum Melayu adalah :
Tarian Randai
Tarian Randai dan Orang Ulu
Tarian Saba
Tarian Sarah
Tarian Sewang
Tarian Siti Payung
Tarian Tempurung
Tarian Upih
Tarian Wau Bulan
Tarian Zapin
Tarian Zapin Arab
Tarian Zapin Johor
Tarian Zapin Lenga
Tarian Zapin Pekan
Tarian Zapin Tenglu

Bagi masyarakat sarawak, suku kaum di negeri ini juga ada tarian tradisionalnya sendiri, tapi setakat yang aku tau tarian ngajat dr suku kaum iban dan tarian sarawak. Dan aku masih tidak berpeluang untuk belajar tarian tradisional org sarawak. andai di beri peluang nak juga belajar tarian diaorg, sekadar untuk menambahkan ilmu dalam tarian tradisional.

Oklah setakat ini je lah celoteh aku malam ni, rasa dah cukup panjang. jari2 pun dah penat nk tekan-tekan keyboard ni.

Nota tapak kaki : Rasa rindu nak menari =,=''

Sunday, March 18, 2012

sarang hae yo.



i feel like im getting nervous
it's 1st time im feeling like this
i seem enchanted
when i see you
my heart is pounding
from head to toe
im starting to like you so much
but secretly
i want to approach you carefully
oh ! im your sweety girl
can you hug me?
i want to talk with you carefully
i'm you lovely girl
would you hold me in your arms?
hello hello my shinny boy
a cupid arrow
will surely come into my heart
make me tremylde when look at you
hello hello you shinny boy
your sweet smile
coem into my heart
im tremlding all day
you got my heart
my love my love my love my boy
my love my love my love my boy

Double meaning

Wanita, perempuan, gadis apa jua gelaran yg diberikan tetapi tetap sama. Seorang insan yg diciptakan oleh Allah s.w.t dengan penuh kelembutan akan tetapi disebalik kelembutan itu tersimpan seribu kekuatan. WOMEN IS COMPLICATED !! Sukar untuk membaca hati seorang wanita. Disebalik senyum tersembunyi seribu kepahitan, Disebalik air mata tersembunyi seribu sebab, Disebalik kesunyian tersembunyi seribu persoalan.

isteri : abg, syg xde baju nak pakai g kenduri kawin jiran kte la *sambil memandang almari yg penuh dgn bju.
suami : hanya mampu menjerling dan mengeleng kepala.

Betapa kompleksnya pemikiran seorang wanita. Wanita inginkan yg terbaik buat dirinya dan insan yg disayanginya.

Gf : Sorry, buat abg marah. Msg send to Bf
Bf : syg, cuba la fhm, abg x sihat.

Si gadis hanya inginkan perhatian buat seketika dari insan yg disayangi. Diketika si gadis sedang sakit,perhatian terhadap insan yg disayangi tetap sama. mengapa lelaki tidak pernah memahami maksud disebalik perkataan OK dr si gadis.

gadis : aku bahagia melihat dia bahagia
jejaka : *sedang bersanding di atas pelamin dgn orang lain

Lihat betapa kuatnya hati seorang wanita menempuh segala dugaan dlm hidupnya.

Wahai lelaki, disebalik setiap kata-kata,perbuatan seorang wanita tersembunyi seribu makna. fahamilah double meaning yg cuba disampaikan.


NOTA TAPAK KAKI ; Perut bergendang menandakan lapar. hahah.;p

Friday, March 16, 2012

23 year old

Bertarikh 16 mac 2012 maka dengan ini genaplah umur ku 23tahun. Alhamdulilah, Allah s.w.t masih memberiku peluang untuk terus bernafas di dunia fana ini.Tiada sambutan utk besday ku kali ini,kerna ak keseorangan diperantauan. Jauh dari keluarga ku, sahabat-sahabtku dan juga dia.Tapi tidak mengapa, cukup sekadar ucapan yg mereka titipkan buat ku menandakan mereka masih mengingati tarikh bersejarah ini. Alhamdulilah, dari tahun beralih tahun banyak perkara yang telah terjadi dalam hidup ku, yg telah menjadikan aku seorang insan yg kuat utk menghadapi segala dugaan yg allah turunkan. Dari bergelar pelajar kini aku sudah bergelar seorang wanita bekerja dan kini aku mampu memiliki harta hasil titik peluh ku sendiri. Semoga aku akan terus berjaya dan menjadi seorang insan yang kuat :).

Buat family tersayang, terima kasih kerna hampir terlupa besday kakak ! ;'( Huh. nasib bek ingt klu x mmg sah, kakak merajuk 1hari.

Buat Rubianah jumadi, Akma nadila, zulhilmi zaaba. Wah ! thx a lot my BFF sayang korg suma. Msg orix paling tak blh blah..dia mengaku syg aku wey! hahaha.

Buat abg tersyg (1st person yg wish besday), thanks dear..even sakit2 pun still bgn tgh2 malam utk wish kt b. i love you more and more. tggu b balik tau, b nak tuntut hadiah dr abg. heeee. ;p

Buat kwn2 yg len, thx wish besday. heeeee.....;)

NOTA TAPAK KAKI : saya dah besar !! Oh mama saya mau kawin blh x? ;p hahaha

Sunday, February 26, 2012

100 truths

1. Real Name: fatin i****i @ I** S****
2. Nickname(s): kakak, fatin, B,
4. Male or Female: Female
5. Elementary School: SK Timbang & SK Bangau ( pindah sekolah )
7. High School: SMK Taun Gusi (Disini aku belajar menjadi seorang remaja)
8. College: Kolej sains kesihatan bersekutu sg buloh
9. Original hair color: Black
10. Tall or Short: Sedang-sedang .;p
11. Sweats or Jeans: Jeans
12. Phone or Camera: Both
13. Health freak: None
14. Orange or Apple: Orange
15. Do you have a crush on someone: Yes and yes. (And one of my crush is become my Heart right now ;p)
17. Broken Bones: No,i just have crack on my left elb. while i child (Nakal sgt)
18. Pepsi or Coke: None of this both

HAVE YOU EVER?
19. Been in an airplane: Yes (transport utama to go home)
20. Been in a relationship: Yes of course. (im in relationship with Him right now)
21. Been in a car accident: No
22. Been in a fight: Yes. Hehe.. ;p
23. First broken bone: No
24. Best friends: Yes. i have 2 BF
25. First award: award? award for the most stubborn child perhaps
26. First crush: With S****i.(during form 2 & he my Bf now)
27. First words: F
29. Last person you texted: Senior <3 aka my dear.
30. Last person you talked to: Senior <3
31. Last person you watched a movie with: Akma nadila & zulhilmi zaaba, Fath
32. Last food you ate: Nasi, sambal belacan,ikan tongkol goreng & ulam (Terbaik nye menu)
33. Last movie you watched: Tentang cinta
34. Last song you listened to: Penghujung cinta pasha unggu feat adel (our song)
35. Last thing you bought: Majalah Lisa (kurang menarik topik majalah ni)

FAVORITE:
37. Food: Tomyam...byk lg la.bla bla bla
38. Drink: Watermelon juice.
39. Bottoms: Jeans
40. Flower: Roses kot.
41. Animal:Cat ( tak ske binatang tak berbulu)
42. Color: Saya suke kaler kali. ;p tp sgt meminati kaler putih
43. Movie: comedy, romantic ( yg pntg citer best & hero nsem) ;p
44. Subject: Neurology,cardirespiratory & peaditric

HAVE YOU EVER: (Put an X in the brackets if yes)
45. [X] fallen in love with someone.
46. [ ] celebrated Halloween.
47. [X] Had your heart broken.. (2times)
48. [X] went over the minutes/texts on your cell phone.
49. [X] had someone like you (My mr.heart exactly like me -,-)
51. [X] Fanatik to football (Harimau malay selamanya)
52. [X] went to stadium to watch football match live (sabah vs kedah)
53. [X] did something I regret. (To many things =,=)
54. [X] broke a promise. (Atas sebab tidak dapat dielakkan)
55. [X] hide a secret. (Saya pemegang rahsia2 diraja ;)
56. [X] pretended to be happy. (i used to do this when im sad)
57. [X] met someone who changed your life. (Siapakah yg merubah hidup ku?)
58. [X] pretended to be sick. (Haha..tipu sunat)
59. [X] left the country (Went to thailand with my family for holiday)
60. [X] tried something you normally wouldn't try and liked it.(try mkn laksa jhr)
61. [X] cried over a little thing. (menangis sebab tak dpt tdo mlm)
62. [] ran a mile.
63. [X] went to the beach with your best friend.(Last year during my besday)
64. [X] got into an argument with your friends. (i lost my friend jz bcoz little argument)
65. [X] disliked someone (I HATE SOMEONE!)
66. [] stayed single for 2 years since the first time you had a boyfriend/girlfriend. (Paling lma pun setahun)

CURRENTLY:
67. Eating: Nothing
68. Drinking: Nothing
69. Listening to: Lagu kat blog
70. Sitting/Laying:prone ly.
71. Plans for today: Going to Bandar to shopping
72. Waiting for: my second holiday during raya. Want to see my heart <3

YOUR FUTURE:
73. Want kids: Of course.
74. Want to get married: InsyaallAh .. soon
75. Career: A physiotherapist.
76. Lips or eyes: Eyes
77. Shorter or Taller : =,=
78. Romantic or spontaneous: According to situation
81. Hook-up or relationship: Relationship
82. Looks or personality: Both

HAVE YOU EVER:
83. Lost glasses/contacts: No (saya tak rabun lagi)
84. Snuck out of a house: No (erkkk.....)
85. Held a knife for self defense: No
86. Killed somebody: Erk..kalau membunuh tu xsalah, mmg da la ak bunuh org tu.;p
87. Broken someone's heart: Yes. hahaha..zaman muda mudi dlu.;p
89. Cried when someone died: Yes,during my grandpa dead.

DO YOU BELIEVE IN:
90. Yourself: Yes
91. Miracles: Yes
92. Love at first sight: Yes <3
93. Heaven: Yes
94. Santa Clause: No
95. Aliens: No
96. Ghosts: Yes
97. Is there one person you really want to be with right now?:Yes.i want to be with HIM ! :)
98. Do you know who your real friends are: YES (akma nadila,rubianah jumadi,norazilah)
99. Do you believe in God: YES
100. Post as 100 truths