Saturday, July 16, 2011

selatan timur barat utara

tik tok tik tok
masa semakin cepat berlalu
dan kini hanya tinggal beberapa jam lg
bermulalah satu fasa yg baru dalam hidup ku

3 tahun yg lalu
aku menjadi anak perantauan demi menuntut ilmu
dan kini sekali lagi aku menjadi perantau
akan tetapi dengan misi yg berbeza
misi bagi satu tempoh yg lama ..

sekali lagi
aku menjejakkan kaki ke sana
tetapi tidak seperti dulu
kerna aku akan berada di selatan tanah air ...
sekali lagi
aku akan beraya di perantauan
sekali lagi
aku perlu meninggalkan bonda tersayang di sini
dan utk sekian kali lagi
aku perlu menaiki belon ...

p/s : menjadi perantau d bumi selatan tanah air .. tunggu kedatangan sy .

Friday, July 1, 2011

1 julai

1 julai 2008

Penerbangan AK5100 ke kuala lumpur
setelah 2 jam stgh duk dalam kapal terbang MAS
akhirnye kami tiba di KLIA disambut oleh para abg & kakak jko yg sedia menanti kedatangn kami
setelah kesemuanya selamat tiba di KLIA, kami kemudiannya menaiki bas berwarna purple menuju ke tempat itu, agak lamabat kami tiba ke tempat itu, kerna sebahagian dr kami telah pun sedia memakai baju putih hijau & berada di netball court. Pabila selesai urusan kami di tempat itu, kami di bawa ke tempat penginapan yg berada di sebalik Bukit . Bukit yg diberi nama "Bukit tensen". Ku lihat kesemua Kami terpegun melihat bukit itu, kerna bukit itulah yg akan kami lalui selama 3 tahun berada di tempat itu. Setelah mendapat arahan dari abg & kak jko. Kami semua beredar dgn pantas utk bersiap bg mengikuti program seterusnya. ORIENTASI WEEK !! .. 7 hari ..
Kami dikumpulkan di netball court sebelum diarahkan ke surau bagi yg muslim & para non muslim diminta utk tinggal di netball court. setelah selesai solat isyak. Kami sekali lagi diminta berkumpul di kawasan tmpt letak kereta tepi surau. Disana, suara pekikkan para abg jko disiplin memenuhi segenap ruangan. "HOIII...CPT SIKIT !! jln MCM LEMAU" ku kira setiap kami yg berada di sana ketakutan mendengar suara pekikkan itu. Setiap muka2 abg & kak jko sgt mengerunkan. Maka kami diarahkan bergerak ke tempat itu dan perlu berada di tempat itu dlm masa 10minit. Kami semua bergerak dgn pantas kerna ketakutan mendengar suara2 abg & kak jko. Pabila tiba di temapt itu, kami masuk ke dalam audi, dan kemudiannya mendengar taklimat bg minggu orientasi intake julai 2008. Disini kami telah dibahagi kan kepada 20 group dan setiap group telah dicampur adukkan ada PT,OT,IK,FARMASI,PKA,NURSING,XRAY .. Di sinilah bermulanya perkenalan kami. Selama 7 hari kami mengharungi segala aktiviti dan selama itu la setiap kali mendengar suara TOK RIMAU kesemua Kami pasti akan bergerak dgn pantas. Pengalaman masuk dalam parit kecil, merangkak dlm lumpur yg penuh dgn bahan2 yg telah diawet oleh abg & kak jko, didenda kerna lewat/brg amanat dirampas dan byk lagi menjadi kenangan terindah bg KAMI semua. Kerna orientasi week KAMI semua menjadi yg terbaik dikalangan yg lain.

DAN KINI

1julai 2011

setelah 3tahun, maka tamatlah kami sebagai pelajar di tempat itu. terlalu banyak kenangan yg indah tercipta sepanjang berada di tempat itu. Ku pasti seandainya Kami diberi peluang utk berada di temapt itu sekali lagi pasti ramai yg ingin mengulanginya semula.Kerna Di tempat itulah KAMI mengenal ramai sahabat tidak kira negeri tidak kira bangsa. Ditempat itulah KAMI belajar menjadi seorg penjawat awam dalam bidang masing2. Ditempat itulah, sebahagian dari KAMI menemui jodohnya. Ditempat itulah juga KAMI berpeluang utk mematangkan diri.Ditempat itulah, senyum, tawa, tangis, duka bersama tercipta walaupun berbeza bidang.Ditempat ini juga kenakalan kami mencipta kenangan manis dan memeningkan para mereka2 yg mendidik kami.
Dan kini ditempat itulah KAMI mengakhiri perjuangan KAMI dgn menghadiri kursus induksi selama 7 hari sebagai simbolik acara penutup setelah 3 tahun.

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SG BULOH .. dan inilah tempat yg menyimpan seribu kenangan dalam diri kami semua.

kediaman kami yg silih berganti setiap sem !


p/s :~ Ku pasti, KAMI semua merindukan kehidupan kolej , kehidupan bersama rakan2 sebidang, kenakalan kami .