Friday, January 21, 2011

allergic Vs alahan


P/s : sedap sungguh pakcik crab ni
kawan2...kat sini aku nak kongsi satu kesedihan aku...

aku ada alahan a.k.a allergic ngn seafood, byk2 makanan aku just leh makan ikan je. aku dpt alahan ini dari umor 9tahun & ni bermakna da 13tahun aku xmakan seafood. tiap kali mkn je mula la kuar segala allergic aku. seksa gak bila da kuar allergic aku ni.:(. desebabkan allergic aku ni la, aku hilang satu nikmat dunia..huhu
kat sini aku kongsi sedikit info pasal allergic ni..

PUNCA

Semua jenis makanan mempunyai potensi untuk menyebabkan alahan, tetapi kebanyakan kes alahan hanya membabitkan beberapa bahan sahaja. Biasanya, seseorang yang mengalami alahan hanya akan bertindak balas terhadap makanan tertentu sahaja.

Sistem imun badan kita akan memberi tindak balas berlebihan terhadap protein makanan yang disebut sebagai alergen. Sejenis antibodi yang dipanggil imunoglobulin E atau IgE juga terlibat. Apabila antibodi ini bertemu dengan aler­gen tertentu di dalam makanan, la akan menyebabkan pelepasan bahan kimia tertentu yang akan bertindak di pelbagai bahagian badan terutamanya di bahagian kulit, tekak, saluran pernafasan, usus besar dan jantung sehingga menyebabkan gejala yang tidak diingini.

Kebanyakan makanan yang biasa dikaitkan dengan alahan ialah:
  • Telur
  • Susu
  • Gandum
  • Kekacang (khususnya kacang tanah)
  • Ikan, udang dan makanan laut lain
Seseorang yang mempunyai sejarah ala­han lain seperti ekzema atau asma merupakan individu yang mudah mengalami tindak balas dan biasanya akan membabitkan reaksi lebih serius. Tetapi tidak semua alahan disebabkan oleh IgE, ada juga yang membabitkan mekanisme bukan IgE.

Biasanya, individu yang alah pada salah satu daripada makanan penyebab alahan ini juga akan mendapat alahan kepada makanan yang hampir sama dengannya. Mekanisme ini dipanggil alahan silang makanan. Contohnya:
  • Seseorang yang alah pada kacang hijau tidak mustahil akan mendapat alahan kepada kacang soya dan pis.
  • Sesiapa yang alah pada gandum pula mungkin akan alah pada bijirin rai.
  • Jika alah pada susu lembu, ada kemungkinan akan alah pada susu kambing juga.
  • Ada juga individu yang alah pada debunga, mungkin akan mengalami alahan silang pada makanan seperti kacang hazel, epal hijau, pie dan badam.
TANDA DAN GEJALA

Anda mungkin akan mengalami gejala alahan sejurus selepas mengambil makanan tersebut, diikuti dengan rasa kelegaan buat seketika tetapi akan berlaku gejala ulangan dalam tempoh tiga hingga empat jam berikutnya.

Gejala alahan yang biasa dilihat ialah:
  • Gatal dan ruam pada kulit diikuti dengan pembengkakan.
  • Gatal dan bengkak pada bibir serta mulut.
  • Kejang perut.
  • Mual
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Gatal dan mata berair
  • Hidung berair dan tersumbat
Malahan gejala yang lebih serius yang mungkin berlaku ialah:
  • Kesukaran bernafas
  • Ketat dada
  • Rasa tercekik pada tekak
  • Pening
Kesemua tanda ini menunjukkan reaksi alahan yang serius dan boleh mengancam nyawa. Tidak balas yang teruk ini dinamakan sebagai kejutan anafilaksis. Ini biasa dilihat dalam kes alahan membabitkan kacang, ikan dan makanan laut lain, walaupun alahan sebenarnya boleh berlaku pada sebarang jenis makanan. Mereka yang mempunyai sejarah penyakit asma, alahan semasa kanak-kanak, sejarah alahan makanan yang teruk merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat kejutan anafilaksis.
  • Tindak balas anfilaksis boleh berlaku dengan tiba-tiba atau mungkin bermula dengan gatal dan bengkak pada kulit serta tekak, kemudian semakin teruk dalam tempoh beberapa jam. Kebanyakan orang mengalami tindak balas ini sejurus selepas mengambil makanan tersebut.

Saturday, January 15, 2011

Sepetang di hari sabtu

3 hari cuti tersangatlah membosankan tapi nsb bek dpt kuar jln2 ari ni g jitra mall. Da penah round2 the jitra mall yg x seberapa tu. G la masuk kedai bakery..masuk kt situ then makan lah kek blueberry. Kek ni punya la pekat susu nye, blh tercekik klu mkn byk2. tp yg spoil nye time kt kedai tu, tgh2 amik gmbr pelayan tu jerit "dik xblh amik gmbr yer"..pergh nigmbr yg ke berapa bru la pelayan tu tegur. pe lagi wat jahat la ckit ngn kedai tu. kitorag kotor kn meja then trus blah..

otw balik tu singgah sekejap kt tasik..sempat lg posing dpn lensa merah cik rubi kita.Tgh berjalan2 tu nmpk pula sepasang anak kembar pki bju malaysia. comey sungguh budak2 ni..nk jd cm zaquan & aidil ke bila besar t dik. Eii rasa nk cubit je Pp budak2 ni. pandang kiri kanan mana satu mak ayah budak ni.:)). terdetik di dalam hati satu ari nnti klu da kawin nk anak comey cm ni gak. (+_=)


p/s : sepanjang merayau2 ari ni kenyang cuci mata.hehe...byk gak mamat2 yg boleh tahan kt jitra ni noh...smpi kek yg aku bli pun boleh tertinggal d kedai cik dayah kite yg bising

Friday, January 14, 2011

hrrrrrrmmmmmm...............................

ehm..da lma gak x update blog ni.
sebenar nye xtau nk ckp pe klu tiap2 ari update blog
tp ari ni..something wrong in my life. Masalah bertimbun2 rasanya (-_-) letihnya aku hidup cm ni.

buat kamu...hrmmmm, sy xtau nk ckp pe lagi dalam hati ni mmg syg kamu tp.....tersentap ati bila bca msg kt fb bertarikh 12 april 2010. hai my future wife..i love u. msg kamu tu ditujukan khas tuk "N.S".wow!!!..sakitnye ati, rupanya kamu pernah berhasrat tuk mengambil dia jd istri kamu, even lepas sy dtg ke rumah kamu. kamu tidak pernah menghargai sy. then when i ask u to go, u come back to me..sy tau salah sy juga coz lembut ati dgn kamu. Seringkali kamu sakitkan sy, tidak pernah sekali pun kamu menghargai ati sy..

p/s : andai dia jodohku dekatkanlah hati kami, andai dia bukan jodoh ku jauhkan lah dia dari ku, berilah ku kekuatan utk melontar jauh bayangannya dari hidup agar aku dpt bahagia walau tanpa dia di sisi ku


buat insan2 yg tersyg....
imy mum!!!!..
maafkan anakanda kerna jauh dari mu ibu..
anakanda mu jauh diperantauan berjuang demi ibu
dan tidak dapat bersama mu utk menyelimutkan hati mu yg sentiasa luka
ketahui la bonda, anakanda mu ini akan balik ke pangkuan mu dan akan membawa mu pergi....
itu janji ku

p/s :: maafkan anakanda kerna bonda terpaksa bersusah dan menderita disana keseorangan. ketahuailah anakanda mu disini turut merasainya

Tuesday, January 4, 2011

1day at HSB kedah !!

3/1/2011
tarikh keramat tuk semua student Physiotherapy batch 35 KKM cOZ ari ni kitaorg semua start praktikal for last sem.
6.00am aku da bgn!! (-_-') xpernah bgn seawal ni sepanjang aku jd student Physiotherapy. bersiap2 then gerak g HSB kul7 suku...smpi kul7.45..hati kitorang dup dap dup dap rasa ckit g nk tanggal ati sbb nye spjg cuti lngsng x sentuh buku..mampus la klu 1st day da kena ngn Pt kt sini.kul8 am g masuk ofis kononnya nk jumpe HOD..tp malang HOD xde so jumpe la ngn timbalan HOD. briefting ckit2 then masuk kt tmpt placement msg2..aku ngn rubi dpt elektro.kat sini ada sorg dak uitm degree. Cuak tgk Pt yg dOK jga elektro muka grg je, tp da kenal pergh..nyesal cUak pg td best giler PT ni..hihihi...tp Dok elektro pergh...hand On langsung xdpt improve sbb patient bapak byk then guna sistem komputer. tersekat semua ilmu2 aku nk kuar dr kepala otak aku yg mmg da kosong ni!!...1st dadpt patient yg lawak...AKAK btiGA ni comey lah...(aku,akma & rubi)..pergh minah sekolah ni kecik2 da mereng!!..dpt lak patient pakcik yg lawak..ades...cm ni la ari pertama yg aku lalui sepjg kt HSB...

Sunday, January 2, 2011

ilysm

ilysm..
mulut kata benci tp hati masih syg
"ku hrp cinta ini kan jd kenyataan
agar ku tenang hadapi kehidupan"

p/s :~ imysm tOO ~